Wednesday, September 12, 2012

#KKKM Bab 7. . .~ ~ ~

    Hari ini Sha dan Faz pulang ke rumah mertua Sha, Dato' Azlif dan Datin Mazlyna . Faz merupakan anak tunggal kepada kedua-dua tokoh korporat itu . Jelas kelihatan hubungan antara ibu mertua dan menantu begitu akrab sekali. .

" Ada pa-apa lagi yang Niza boleh tolong Mama ? " Tanya Sha setelah semua lauk yang mereka sediakan dihidangkan di meja makan .

" Dah tak ada apa-apa lagi dah Niza. . . Tadi pun, semua Niza yang buat. .  " balas Datin Mazlyna yang kelihatan senang dengan sikap Sha .

" Wah. . . . . Sedapnya bau. . . Siapa yang masak ni ? Mesti Mama kan ? " teka Faz yng baru sahaja memasuki ruangan makan itu .

" Mana ada, Mama tolong je. . Ni haa, Niza yang masak. . " Sha kelihatan tersipu malu apabila dipuji ibu mertuanya sebegitu rupa .

" Ouh, Niza. . . Patut lah baunya harummmmm. . . " puji Faz sambil mencuit hidung mancung isterinya itu. .

" Hmmm. . .  Apa yang kecoh-kecoh ni ? " Dato' Azlif yang dari tadi mendengar bunyi bising yang datang dari dapur akhirnya menegur . . .

" Tak ada apalah Pa . Hmm, jom lah makan. . " pelawa Faz . .

" Haa, jom lah ! Perut Papa pun dah main lagu pop ye ye ni. . Lauk pun  nampak sedap.  Jomlah, sebelum perut ni main lagu rock pulak . . "

Kata - kata Dato' Azliff yang bersahaja itu telah menguindang ketawa seisi keluarga itu di ruangan makan. . 

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

   Air mata Qis membasahi bumi bagai ais yang mencair dek sinar mentari terik . . Pedihnya hati ini dirasakan bagai ditusuk sembilu . Sakit yang menyerngnya kali ini lebih teruk dirasakannya daripada dahulu . Batuk mula menujah dirinya . Segera dicapainya kunci kereta Vios miliknya untuk membuat pemeriksaan bulanan yang memang telah ditetapkan . Baru sahaja seminggu lepas dia menjalani check-up , tapi hari ini. .  entah mengapa sakit itu menyerang dirinya . Setibanya di hospital, hanya Doktor Fikry di ingatan, kerana sakitnya tidak tertahan lagi . Kelibat seorang lelaki yang bertubuh agak sasa melintas di hadapannya . 'Dr. Fikry ' hatinya berdetak . lantas dikejar lelaki itu .

" Doktor Fikry ! Tunggu jap . . . "

Doktor Fikry berpaling mencari lontaran suara yang ditujukan kepadanya . erlihat seorang gadis termengah-mengah menahan sakit . Orang itu segera dikenalpasti olehnya . .

" Eh, Qis . You kenapa ni ? Jom cepat, buat check-up . "

apa yang Qis mampu lakukan hanya lah mengangguk kerana dirasakan suaranya disekat oleh sesuatu dikerongkongnya . .

Setelah pemeriksaan. . . . 

" So, how do you feel ? " tanya Dr. Fikry pembuka bicara .

" Hmm. better . Doktor, terima kasih kerana sudi membantu . . "

" So, you dah beritahu Farriz keadaan you yang macam ni ? "

Qis yang sedang mengemaskan handbagnya tersentak mendengar pertanyaan Doktor Fikry yang mendadak itu .

" Mmmm . . Belum lagi . . Biarkanlah dulu . . Biar ini menjadi rahsia kita berdua . . boleh Dokor ? " Qis menjawab lemah .

" Okay Qis. . As you wish . ."

Perbualan mereka terhenti setakat itu setelah qis menerima satu panggilan telefon, dari Sha . .

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *