Monday, November 19, 2012

KKKM BAB 9~ ~ ~

         Album gambar itu ditatap dan diselak berulang kali oleh Qarl. Gambar-gambarnya bersama Wan sejak mereka masih kecil sering menjadi tatapannya sejak akhir-akhir ini. Jika rindu datang menerpa dirinya, album itulah yang menjadi teman pengubat rindu. Gambar yang acapkali menjadi tatapannya ialah gambar sewaktu mereka berada di UK. Waktu itu, mereka berumur 15 tahun. Mereka ke sana bersama kedua-dua ibu bapanya atas tujuan bercuti dan melancong bersama. Ketika gambar itu menjadi tatapanlah air matanya luruh menimpa bumi. Tersingkap rakaman peristiwa yang terjadi ketika itu. . Insiden nahas kapal terbang itu menjengah dirinya. Matanya yang sedang terpejam erat lantas terbuka pabila bayangan tersebut mengunjungi dirinya. "Allah lebih menyayangi mereka' hatinya berbisik sendiri. Parut di lengan kanannya segera menjadi renungannya buat seketika. Wan juga mempunyai parut di kakinya, yang ketika itu terselamat bersama-sama dengannya daripada nahas itu. Malam itu, sekali lagi Qarl berendam air mata. Satu-satunya insan yang dia ada setelah kehilangan kedua-dua ibu bapanya turut pergi meninggalkannya. "Kenapa semua ni harus terjadi kepadaku Ya Allah?" Qarl mengeluh sendirian mengenangkan takdir yang tersirat dan tersurat untuknya yang sememangnya telah ditentukan oleh yang Maha Kuasa sejak azali lagi . . .

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

         Hari ini, dirinya terasa malas nak ke pejabat. Di beranda apartmen itu dia duduk merenung ke luar. Pemandangan dari sudut itu sememangnya indah. Buat kesekian kalinya, telefonnya berdering. . Dengan begitu malas sekali dia bingkas bangun. . Sekali lagi, tertera nama "Sayang" di skrin handphone nya. . Kini, tiada pilihan lain lagi. . Akhirnya diputuskan untuk menjawab panggilan tersebut. .

" Qarl. . ! Qarl kat mana ni? Kenapa dari tadi Sophia call tak angkat? Sophia risau tau. ." bait-bait kata yang dilafazkan Sophia jelas memancarkan kerisauannya.

"Qarl tak pergi mana-mana pun. . Just tak nak datang kerja je, nak tenangkan diri. ." Qarl menjawab lemah.

"Qarl betul-betul okay ni?" tanya Sophia yang menginginkan kepastian.

"Yeah. . "

"Hmmm, takpe lah kalau macam tu. Sophia sambung buat kerja dulu, ok? Bye. . "

Talian dimatikan. Qarl lantas menuju ke kamar tidurnya. Minatnya terasa hilang untuk tetap berada di beranda apartmennya. Segera dia merebahkan dirinya di atas katil bersaiz King miliknya itu. . Terasa tilamnya begitu empuk sekali, membelai-belai belakang tubuhnya. . Ansur-ansur dirinya terlena di atas katil itu. . .

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~~ 

" Ok, mesyuarat kita berhenti setakat ini dulu untuk harini. Semua boleh bersurai. . "

      Semua ahli lembaga Starlick Holding beransur pergi meninggalkan ruangan meeting itu. Kimie menyandarkan dirinya di kerusi yang sememangnya sedang didudukinya . . Matanya dipejamkan sambil tangan kanannya memicit-micit kepalanya yang dirasakan agak kusut ketika itu. Bebanan di kepalanya terasa begitu berat buatnya. Hal pejabat, Nad.. . Semuanya berkecamuk ! PA nya, Shariza yang baru sahaja ingin mengangkat kaki keluar dari ruangan tersebut terhenti pabila namanya dipanggil En. Radzief.

" Shariza, tolong ambilkan saya segelas air mineral." kata Kimie yang masih lagi tetap dengan posisinya.

"Baik En. Radzief. . " baru sahaja ingin melangkah, sekali lagi namanya dipanggil.

"Jangan lupa, bawakan panadol sekali. ."

Shariza segera berlalu pergi . . . . . . ' En, Radzief?' Kimie bersoal jawab sendiri. Kini, baru dia sedar bahawa hanya Nad yang memanggilnya dengan nama Hakimie. . Kimie. . .

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

  Masuk minggu ini, dah empat minggu berturut-turut Harris datang ke rumah Qis. Qis sudah tidak tahu cara menghadapinya lagi. . Dengan langkah yang lemah longlai dia membuka pintu rumahnya seterusnya membiarkan pintu pagar yang menjadi penghalang antara dia dan Harris waktu itu terbuka. . Senyuman terukir di bibir Harris saat pagar tersebut dibuka. Dia segera melangkah masuk sebaik sahaja pintu pagar itu terbuka luas. .

"Huh, masuklah. . duduk." kata Qis lemah sambil turut merebahkan dirinya di atas sofa yang tersedia di ruang tamu rumahnya itu.

"Terima kasih. . dan aku tak tahu macam mana aku boleh melafazkan lagi kata-kata aku ni pada kau. Terima kasih kerana sudi beri aku peluang kedua. . . " kegembiraan jelas terpancar pada riak wajah Harris.

"Ya lah. . " Qis mengangguk lemah. .

"Kau dah tahu kan apa tujuan aku datang ke sini ? ? Aku. . ." kata-katanya segera dipintas oleh Qis.

"Ya.. dan aku dah maafkan kau. Aku tengok kau sungguh-sungguh nak minta maaf dari aku. Aku tak lah sekejam itu hingga tak boleh menilai ketulusan dan kejujuran seseorang insan. . "

" Terima kasih Qis. . Aku tahu, kau seorang wanita yang memahami hati seorang lelaki. . . . . macam aku. Kalau macam tu, aku balik dulu lah. Urusan aku dah selesai. Aku doakan semoga kau berbahagia dengan Farriz. Sememangnya dia layak menerima cinta kau yang suci lagi murni tu. Bertuah Farriz. ."

Langkahnya terhenti saat kain bajunya terasa ditarik sesuatu. Seraya itu, pergerakan tubuhnya turut terhenti. 'Qis' detak hatinya. .

"Harris. . ." lunak suara Qis menyebut namanya. .

Secara automatik tubuhnya kembali terduduk di hadapan Qis pabila namanya dipanggil merdu oleh wanita yang akan selamanya bertakhta di hatinya. . .

"Kita masih boleh berkawan. . . . . . . " sambung Qis lagi, sambil perlahan-lahan melepaskan genggamannya yang mencengkam baju Harris sebentar tadi.

"Tapi nanti. . . Kawan-kawan kau yang lain. . ? Farriz semua macam mana? " kerisauan kini mula menyelubungi dirinya. .

"Jangan kau risaukan hal itu. . Mereka dah lama maafkan kau. . Lagipun Kimie dah. . . . . . ." mulutnya terasa berat sewaktu ingin meneruskan kata-katanya. .

"Aku tahu.. Aku dah pun menziarahi kuburnya. . "

"Aku sebenarnya nak beritahu kau satu rahsia. . Aku harap, hanya kau seorang yang tahu akan hal ini. Hanya kau, tidak Farriz juga yang lainnya. ."

"You can count on me. . "

Selepas hampir satu jam dia menceritakan tentang penyakit yang dialaminya kepada Harris, hanya ketidakpercayaan yang diluahkan oleh Harris. . Harris seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya tadi. .

"I don't believe this. .!" kata-kata yang terpacul keluar dari mulut Harris saat Qis selesai menceritakan segalanya. .

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Saturday, October 20, 2012

#KKKM Bab 8. . ~ ~ ~

      Setibanya Qis di tempat yang dijanjikan, kelihatan Sha sedang duduk di salah sebuah bangku yang ada disediakan di sekitar tasik itu. Qis mempercepatkan langkahnya agar Sha tidak ternanti-nanti dengan lebih lama lagi. . . .

" Hai, dah lama ke sampai ? Sorry lambat. . . " Qis menegur Sha yang sedang termenung merentasi tasik     yang terbentang di hadapan pandangan matanya. . .

Sha kelihatan agak terkejut disapa Qis, kawan baiknya, tempat dia berkongsi segala masalah sejak di bangku sekolah menengah lagi. .

"Hmm. .  Lama lah jugak. . Tapi tak apa. Duduklah. ." Sha berganjak sedikit ke kanan dari tempat duduk asalnya dan menepukkan tangannya di tempat kosong di sebelahnya.

Qis menerima pelawaan Sha dengan senyuman terukir pada wajahnya.

" Ada apa kau ajak aku datang sini ? Kau ada problem dengan Faz ke? Kenapa? Dia pukul kau ke ? ?" Kerisauan jelas terpancar di wajah Qis sebagai seorang kawan yang amat prihatin terhadapnya. .

"Kau ni. . Macam tahu-tahu je aku ada masalah. . Tak, bukan Faz. . Dia baik dengan aku, tak pernah pukul aku. . "

" Habis tu kenapa? Kau ada masalah apa sebenarnya ni ? Ceritalah. . Aku sudi mendengarnya. . "

"Aku . . . . . . . . . . . . . . . . . " Sha tiba-tiba memeluk Qis. Tidak tertahan lagi rasa hatinya apabila mengenangkan apa yang bakal diceritakan kepada Qis. Air mata semakin deras mengalir membasahi pipi gebu Sha.

Qis terpinga-pinga menerima pelukan dari Sha yang begitu mengejut sekali. Tapi dia tetap membalas pelukan rakannya itu. . 

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

         Qis duduk berteleku di birai katil biliknya. . Hampir sejam yang lalu dia pulang ke rumah. . Dia seakan-akan masih tidak percaya dengan apa yang telah diberitahu oleh Sha. . Kata-kata Sha masih terakam kemas di dalam ingatannya. . . "Qis, aku keguguran. . Baru semalam aku dapat tahu aku pregnant. . Ingat harini nak beritahu Faz,tapi. . . " Sha menangis lagi. . Qis cuba menenangkannya dan menjadi pendengar yang setia. .  " Doktor kata rahim aku lemah dan janin yang ada dalam kandungan tak dapat bertahan lama, disebabkan kemalangan pada waktu itu. ." Tapi hal ini masih di luar pengetahuan Faz. . Sha merahsiakannya. .  " Aku. . . Doktor kata, aku. .  dah. . . . Aku dah tak boleh hamil lagi. . !" Tangisan mengundang diri Sha lagi. . Qis terpana mendengar penyataan Sha. .Mulutnya seakan-akan terkunci untuk berkata-kata. .

       Rakaman perbulan antara dirinya dengan Sha segera hilang apabila telefonnya berdering, menandakan ada yang menghubunginya. . .

" Hello. .. " Qis memulakan perbualan. .

"Hello Qis, Faz ni. . Kau ada jumpa Sha tak ? Aku risau lah. . Aku call dia tak angkat, kat office tak ada, kat rumah pun tak ada. Kau tahu dia pergi mana tak ? " Kerisauan Faz sebagai seorang suami kedengaran jelas dalam setiap bait kata yang dituturnya. .

" Tadi . . . . . . . . ."

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

" Terima kasih sebab bagitao aku semua hal ni. . "

          Talian dimatikan. Faz seakan-akan baru tersedar dari mimpi ketika itu. . 'Betul ke apa yang aku dengar ni?' desis hati Faz. . 'Sha, kenapa awak tak percaya kat saya? Suami awak sendiri. . . Hmm, mungkin sebab awak takut saya tak dapat menerimanya. . Tapi saya tak seperti apa yang awak sangkakan, Sha ! ' hati Faz memberontak menginginkan kepastian. .

           Faz tersentar daripada tidur pendeknya pabila mendengar pintu utama rumahnya dikuak. . Kelihatan Sha memasuki ruang tamu. . Faz segera memanggil Sha duduk di sebelahnya. . Sha hanya menurut tanpa sebarang bantahan. . Setelah selesa duduk di sebelah suaminya.. . .

" Sayang pergi mana tadi ? Kenapa tak inform abang? Risau abang tau. . " Faz bernada lembut mengajukan pertanyaan. . Takut nanti hati isterinya terluka. .

" Sayang jumpa Qis tadi. Kenapa, abang marah ke? Sayang minta maaf. . " Riak wajah Sha berubah risau. 

" Tak lah. . " Segera Faz menenangkannya. . " Sha. . . ."

Tersentak Sha mendengar Faz memanggilnya sebegitu. . Sudah lama rasanya dirinya tidak dipanggil dengan nama itu oleh Faz. . Luluh hatinya saat mendengar Faz memanggil namanya. .

" Sha ada nak beritahu abang apa-apa tak ?"

"Sha. . Hmm, sayang. . . ." segera memeluk Faz dan menceritakan semuanya pada Faz. . Faz yang telah sedia maklum akan hal itu gembira bila perkara yang sebenarnya yang diceritakan oleh Sha. . Terbukti bahawa Sha masih mempercayainya. . Sha yang masih menahan sisa esak tangisnya ditenangkan oleh Faz. . 'Terima kasih Ya Allah kerana telah mengurniakan aq seorang pasangan hidup yang begitu memahami diriku ini. .' hati Sha mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. . " Terima kasih kerana memahami sayang, abang. . " Sha tersenyum pahit, dan senyuman itu telah dibalas dengan satu senyuman menawan daripada Faz. . .

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *