Saturday, October 20, 2012

#KKKM Bab 8. . ~ ~ ~

      Setibanya Qis di tempat yang dijanjikan, kelihatan Sha sedang duduk di salah sebuah bangku yang ada disediakan di sekitar tasik itu. Qis mempercepatkan langkahnya agar Sha tidak ternanti-nanti dengan lebih lama lagi. . . .

" Hai, dah lama ke sampai ? Sorry lambat. . . " Qis menegur Sha yang sedang termenung merentasi tasik     yang terbentang di hadapan pandangan matanya. . .

Sha kelihatan agak terkejut disapa Qis, kawan baiknya, tempat dia berkongsi segala masalah sejak di bangku sekolah menengah lagi. .

"Hmm. .  Lama lah jugak. . Tapi tak apa. Duduklah. ." Sha berganjak sedikit ke kanan dari tempat duduk asalnya dan menepukkan tangannya di tempat kosong di sebelahnya.

Qis menerima pelawaan Sha dengan senyuman terukir pada wajahnya.

" Ada apa kau ajak aku datang sini ? Kau ada problem dengan Faz ke? Kenapa? Dia pukul kau ke ? ?" Kerisauan jelas terpancar di wajah Qis sebagai seorang kawan yang amat prihatin terhadapnya. .

"Kau ni. . Macam tahu-tahu je aku ada masalah. . Tak, bukan Faz. . Dia baik dengan aku, tak pernah pukul aku. . "

" Habis tu kenapa? Kau ada masalah apa sebenarnya ni ? Ceritalah. . Aku sudi mendengarnya. . "

"Aku . . . . . . . . . . . . . . . . . " Sha tiba-tiba memeluk Qis. Tidak tertahan lagi rasa hatinya apabila mengenangkan apa yang bakal diceritakan kepada Qis. Air mata semakin deras mengalir membasahi pipi gebu Sha.

Qis terpinga-pinga menerima pelukan dari Sha yang begitu mengejut sekali. Tapi dia tetap membalas pelukan rakannya itu. . 

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

         Qis duduk berteleku di birai katil biliknya. . Hampir sejam yang lalu dia pulang ke rumah. . Dia seakan-akan masih tidak percaya dengan apa yang telah diberitahu oleh Sha. . Kata-kata Sha masih terakam kemas di dalam ingatannya. . . "Qis, aku keguguran. . Baru semalam aku dapat tahu aku pregnant. . Ingat harini nak beritahu Faz,tapi. . . " Sha menangis lagi. . Qis cuba menenangkannya dan menjadi pendengar yang setia. .  " Doktor kata rahim aku lemah dan janin yang ada dalam kandungan tak dapat bertahan lama, disebabkan kemalangan pada waktu itu. ." Tapi hal ini masih di luar pengetahuan Faz. . Sha merahsiakannya. .  " Aku. . . Doktor kata, aku. .  dah. . . . Aku dah tak boleh hamil lagi. . !" Tangisan mengundang diri Sha lagi. . Qis terpana mendengar penyataan Sha. .Mulutnya seakan-akan terkunci untuk berkata-kata. .

       Rakaman perbulan antara dirinya dengan Sha segera hilang apabila telefonnya berdering, menandakan ada yang menghubunginya. . .

" Hello. .. " Qis memulakan perbualan. .

"Hello Qis, Faz ni. . Kau ada jumpa Sha tak ? Aku risau lah. . Aku call dia tak angkat, kat office tak ada, kat rumah pun tak ada. Kau tahu dia pergi mana tak ? " Kerisauan Faz sebagai seorang suami kedengaran jelas dalam setiap bait kata yang dituturnya. .

" Tadi . . . . . . . . ."

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

" Terima kasih sebab bagitao aku semua hal ni. . "

          Talian dimatikan. Faz seakan-akan baru tersedar dari mimpi ketika itu. . 'Betul ke apa yang aku dengar ni?' desis hati Faz. . 'Sha, kenapa awak tak percaya kat saya? Suami awak sendiri. . . Hmm, mungkin sebab awak takut saya tak dapat menerimanya. . Tapi saya tak seperti apa yang awak sangkakan, Sha ! ' hati Faz memberontak menginginkan kepastian. .

           Faz tersentar daripada tidur pendeknya pabila mendengar pintu utama rumahnya dikuak. . Kelihatan Sha memasuki ruang tamu. . Faz segera memanggil Sha duduk di sebelahnya. . Sha hanya menurut tanpa sebarang bantahan. . Setelah selesa duduk di sebelah suaminya.. . .

" Sayang pergi mana tadi ? Kenapa tak inform abang? Risau abang tau. . " Faz bernada lembut mengajukan pertanyaan. . Takut nanti hati isterinya terluka. .

" Sayang jumpa Qis tadi. Kenapa, abang marah ke? Sayang minta maaf. . " Riak wajah Sha berubah risau. 

" Tak lah. . " Segera Faz menenangkannya. . " Sha. . . ."

Tersentak Sha mendengar Faz memanggilnya sebegitu. . Sudah lama rasanya dirinya tidak dipanggil dengan nama itu oleh Faz. . Luluh hatinya saat mendengar Faz memanggil namanya. .

" Sha ada nak beritahu abang apa-apa tak ?"

"Sha. . Hmm, sayang. . . ." segera memeluk Faz dan menceritakan semuanya pada Faz. . Faz yang telah sedia maklum akan hal itu gembira bila perkara yang sebenarnya yang diceritakan oleh Sha. . Terbukti bahawa Sha masih mempercayainya. . Sha yang masih menahan sisa esak tangisnya ditenangkan oleh Faz. . 'Terima kasih Ya Allah kerana telah mengurniakan aq seorang pasangan hidup yang begitu memahami diriku ini. .' hati Sha mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. . " Terima kasih kerana memahami sayang, abang. . " Sha tersenyum pahit, dan senyuman itu telah dibalas dengan satu senyuman menawan daripada Faz. . .

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

2 comments: