Pada suatu petang yang penuh kebisingan di sebuah kedai makan di Dataran Cendekia di UiTM Shah Alam, terlihat sekumpulan remaja duduk bersembang-sembang dengan mesra . . .
Nad : Wei, Faz ! Yang kau ni diam je kenapa ? Ada apa-apa ke ?
Faz : Hmm. . Tiada apa-apa lah. I'm fine !
Sha : Nad. Yang kau ni sibuk tanya pasal orang kenapa ? Kau macam mana sekarang ? Dah ada teman ?
Nad : Aku ? Aku biasa-biasa je. Nothing special happen to me.
Qis : Ye ke ? Boleh percaya ke ? Ke dalam diam dah ada yang suka ?
Nad : Eh ! Pandai-pandai je kau ni . Tak ada lah. Wei Farriz, kau apa cerita sekarang ? Siapa mangsa bulan ni? (Nad pantas mengubah topik )
Farriz : Aku ? Biasalah . Korang pun tahu apa hobi aku kan ? ! (Tersenyum bangga) Aku belum ada mangsa lagi lah bulan ni. Kau ada tak sesiapa yang kau rasa boleh jadi magsa aku ?
Sha : Haa~ ! Aku tahu siapa. . (Menyeringai )
Farriz : Ha ! Siapa ? Siapa ? Beritahu cepat. Buat suspen je .
Sha : Ermm . . Prof Wana ? Dia kan cantik . Kau cubalah tackle dia . Itupun kalau boleh la. (Nada sinis)
Farriz : Prof Wana yang tinggi-tinggi tu ke ? Gila kau?!!
Kebetulan Prof Wana yang mereka perkatakan lalu di sebelah meja mereka berkumpul. . .
Prof : Amboi, happy nampak ? ada apa-apa ke ni ?
Faz : (terkejut) Eh ! Tak ada apa lah Prof. . Saja borak-borak . . (cuba tersenyum)
Prof : Betul ke ni ? Tapi tadi saya terdengar macam ada orang sebut-sebut nama saya. Ada apa sebut-sebut nama saya ni ?
Sha : Tak ada apa lah Prof . .Kami cuma cakap. . mmm (kelihatan ligat berfikir) ha ! Kami kata lecture Prof bagus. . Senang nak pick-up. . (tersenyum lega)
Prof : Oooh . . ya ke ? Baguslah kalau macam tu . Hmmm, sebenarnya saya ada hal ni . Saya pergi dulu ya ? Assalamualaikum. .
Semua : Waalaikumussalam . (dengan serentak)
Farriz : Fiuhh ! Nasib baik Prof tak dengar . Kalau Prof dengar tadi, mampus aku ! (berpaling ke Sha) Kau punya pasal la ni Sha ! (Mukanya merah menahan marah)
Sha : Eh ! Aku pulak ? Kau yang suruh cadangkan, so, aku cadangkan lah. . (mimik mukanya menunjukkan bahawa dia jelas tidak puas hati dengan Farriz )
Farriz : Ye lah . . Tapi jangan lah suruh aku tackle lecturer. . Gila ke ape ?!
Qis : Dah dah lah tu. . ! Asyik memekak je. . (mengeluh) Ok lah, kita jumpa esok. . Aku nak balik Mawar dulu . .
Sha : Aku pun nak balik Mawar jugak . . (mengejar Qis) Qis ! tunggulah aku . .
Faz : Okay lah you guys. . Aku chow dulu ! Kita jumpa esok k ? Bye. . . .
Sekarang tinggallah Nad, Kimie dan Farriz. . Suasana saat itu tiba-tiba dipenuhi kebisuan antara mereka kerana tidak tahu apa lagi yang harus diperkatakan. . Akhirnya, Farriz memecah kebisuan itu . .
Farriz : Ok lah. . Aku pun nak chow jugak sebab semua dah chow. . Ok guys. . I'll see you tomorrow. . hohoho. .(menggaraukan suaranya) HAHA ! aku jumpa korang esok. . Bye !
Kimie : Bye . . Hmmm. . . Nad, kau nak balik tak ? Meh aku hantarkan. .
Nad : Hmm, boleh jugak. Aku pun memang nak balik jugak ni. . (Hatinya berbunga menerima tawaran Kimie)
Semasa menuju ke kereta, mereka kelihatan mesra . Tanpa disedari, Nad telah memerhatikan Kimie, dan ternyata. . dalam diam, Nad mulai jatuh hati padanya. . . .
Kimie : Holle ? (lambai-lambai tangan depan muka Nad) Nad ? ! Dah sampai kat kereta ni. .
Nad : (Baru tersedar dari lamunan) Hah ? ye. . Ada apa ? (baru menyedari bahawa dirinya kini di hadapan kereta Kimie ) Ohh yeke ? (tersenyum malu)
Semasa perjalanan pulang ke rumah Nad, di dalam kereta Kimie. . . .
Kimie : Wei Nad ! Apa yang kau menungkan tadi sampai kereta kat depan pun tak sedar ?
Nad : (Agak tersentak dengan soalan yang Kimie ajukan ) Hmm, . Tak ada apalah. .
Kimie : (kelihatan risau) Kau ada masalah ke ? ?
Nad : Tak ada lah . . .
Kimie : (sedikit lega) Kalau tak ada, baguslah. .
Nad : Apa yang bagus ? ?
Kimie : Baguslah kawan aku ni tak ada masalah. . Eh, rumah kau yang depan tu kan ?
Nad : Aah. .(sambil mengangguk)
Pada sebelah malam pula, situasi menunjukkan Qis sedang berbalas mesej bersama Farriz . . .
Qis : " Wei ! Kau tengah buat apa tu ? "
Farriz : "Tak ada apa. . Kau tengah buat apa ? "
Qis : " Aku tengah mesej kau lah. ."
Farriz : " Haha . . Ya tak ya jugak kan ? "
Qis : "Dah dapat cari mangsa kau ke belum ? "
Farriz : "Belum lagi. . ."
Qis : " Kau tak cuba tackle Nad ke ? Dia cantik what. ."
Farriz : " Tak nak lah aku. . Mulut dia tu laser sangatlah. . "
Qis : " Kalau Sha macam mana ? Dia okay gak. . Cantik. ."
Farriz : " Memang lah. . Tapi dia tu gila2 sangatlah. . Takut aku yang jadi macam dia nanti. . "
Qis : " Kenapa kau suka mainkan perempuan ?"
Farriz : "Dah memang hobi aku. . . Haha. ."
Qis : " Kau tak fikir ke yang perbuatan kau tu boleh menyakitkan hati perempuan2 yang pernah kau tackle dulu ? "
Farriz : " Entah lah. . Aku tak de fikir pula pasal hal tu. Okay lah, kredit aku dah nak habis ni. . Ok, bye. ."
Ternyata, sepanjang malam Farriz memikirkan kata-kata Qis. . . Dan Farriz ternyata menyedari bahawa kata-kata Qis itu ada benarnya. . Dan sejak detik itu, dia berazam untuk berubah dan hanya akan setia pada seorang gadis sahaja. . .
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya . . .
Qis : Hai. . What's up guys ? ?
Nad : I'm okay. .
Kimie : Wei, kau nampak Farriz tak hari ni ?
Faz : Farriz eh ? Jap eh. . Let me think. . (sambil tundukkan kepala ala-ala berfikir dan tiba-tiba terlihat kelibat Farriz. .) Ha ! tu pun dia dah datang. .
Sha : Panjang umur dia. . .
Kimie : Wei Fariiz ! Mana awek baru kau ? Tak nampak pun sesiapa jalan kat sebelah kau tadi. . (sambil meninjau keadaan sekeliling)
Farriz : Manalah aku ada girlfriend. . Sekarang ni aku dah buang jauh-jauh tabiat lama tu, atas nasihat seorang kawan. .
Qis : (pura-pura tak mengerti) Hmm. . Baguslah tu. .
Nad : Wei, apa nama kawan kau tu ? Hebat betullah kawan kau tu sampai boleh pecahkan kekerasan kepala kau. .
Farriz : (tergelak kecil) Haa. . Yang tu, biarlah rahsia. . . (sambil menjelang ke arah Qis)
Tiba-tiba handphone Qis berbunyi . . menandakan ada yang menelefonnya. . .
Qis : kejap ea, aku nak jawab panggilan ni. . (sambil berjalan ke arah bertentangan) "Hello, siapa ni. ."
Harris : "Harris"
Qis : Ooh, Harris. . (menjauhkan telefon dari telinganya) Korang berbual lah dulu ya. .
Sha : Ye lah tu. . .
Qis : (Pergi sambil tersenyum. .)
Farriz melihat Qis pergi menjawab panggilan . .Farriz terasa cemburu pula bila melihat Qis berbual mesra dengan lelaiki yang bernama Harris itu. .Dia sendiri tidak tahu kenapa dia begitu cemburu. .
Faz : Wei ! jealous nampak ?
Farriz : Mana ada. . ! (jawabnya tegas)
Sha : Kau suka Qis eah ?
Farriz : Mana ada. . Pandai-pandai je korang ni. .
Nad : Ye ke ni tak ada apa-apa ? ?
Farriz : Ye lah. .(Sambil membulatkan matanya)
Kimie : Ala Farriz. . Mengaku je lah. . Kau suka kat Qis kan ? Kalau tak, kenapa kau berubah bila tengok Qis berbual dengan lelaki lain ?
Farriz tergamam. . Tiada apa lagi yang mampu diucapkannya lagi. .
Sejak dari kejadian pagi tadi, Farriz tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kuliah nya. . "betul ke aku suka kat Qis ?" Farriz menyoal dirinya sendiri. .
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya, mereka mendapat tahu bahawa akan diadakan perkhemahan di hutan Gunung Ledang bagi membina dan memantapkan jati diri mereka. .
Kimie : Wei, kau dah tahu ?
Farriz : Tahu apa ?
Kimie : Alahhh. . Pasal campi anjuran Fac tu lah. .
Farriz : Ooh, tahu dah. .
Kimie : Amacam ? Kau nak pergi tak ?
Farriz : Pergi kot ? Kau ?
Kimie : Of course ! Ha, korang semua pergi tak ?
Faz : Aku rasa. . pergilah kot. .
Kimie : Kau Qis ? Macam mana ? Pergi ke tak ?
Qis : Tengok keadaanlah . .
Farriz : Kenapa tengok keadaan pula ?
Qis : Ye lah. . Mana lah tahu kalau ada banyak assignment nanti. .
Farriz : Ala. . Kau ni rajin sangatlah. . Sekali-sekala berehat la sikit. .
Sha : Haa! Betul apa yang Farriz cakap tu. . Kadanga-kadang kita kena rehatkan otak jugak. . Tak boleh lah asyik nak study je. .
Kimie : Ha ! Kau tu cakap orang. . Kau pergi ke tak ?
Sha : Sudah semestinya. . Kan aku suka ber-camping . . Nad, kau pergi tak ?
Nad : Mestilah pergi. . Dah korang semua nak pergi. . Tak kan nak tinggal aku seorang diri je kat sini. . ?
Qis : Aku tak cakap pun aku nak pergi. .
Farriz : Laa. . Kau tak pergi ke ? ?
Qis : Dan aku tak kata aku tak nak pergi. . (tersenyum kecil)
Faz : Kau ni pergi ke tak ? Cakaplah betul-betul. . Buat suspen je lah. .
Qis : Aku rasa betul cakap korang semua. . Sekali-sekala kenalah rehatkan otak ni. . Tak leh nak study je. .
Farriz : So, kau pergilah ni kan ? ? (mengharap)
Qis : (tersenyum) Ya. .
Kimie : Okay ! Sekarang semua dah setuju nak pergi. . AKu uruskan yang lain-lain. . Kita jumpa nanti okay ?
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
No comments:
Post a Comment