Kini, Nad dan Faeszie masing-masing sedang menikmati hidangan tengah hari mereka . Faeszie kini kelihatan bersedia . Nad pula kelihatan begitu tenang sekali. . .
" Nad. . Saya nak kepastian awak tentang sesuatu , boleh ? " Faeszie memecah keheningan di antara mereka dengan satu percubaan memulakan perbualan .
" sure . . Tentang apa ? " Nad menjawab tenang. . Dibiar angin yang bertiup mengelus rambutnya . . 'Ayunya dia ' Faeszie terpana seketika .
" Awak keluar dengan siapa semalam ? Kenapa muka dia seiras Kimie ? " Faeszie kelihatan agak resah saat mengajukan soalan itu .
" Oh . Itu Kimie . . Tapi bukan adik awak , client saya . Jangan risau, saya tak akan berpaling daripada awak meski muka dia sama dengan adik awak . "
" Terima kasih atas segalanya. . "
Faeszie berasa begitu lega . Terasa bagai satu batu besar di atas kepalanya telah pun dialihkan. . Kini, dia tidak lagi ragu akan cinta Nad terhadap dirinya . . .
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Hari ni merupakan hari pertunangan Hazrique Haiqarl dan Sophia Natasha . . Hubungan mereka mendapat restu kedua-dua belah pihak. . Ibu bapa Sophia tidak menghalang kerana yakin Haiqarl yang merupakan pemilik Que's Holding, satu-satunya pewaris arwah Dato' Hazrique Hilmy dan Datin Hetty setelah kehilangan adiknya , Haezwan Hazrique . . Sophia yang bekerja di situ sebagai Personal Assistant Qarl juga berpuas hati dengan sikapnya . . ' Cantiknya Sophia. . Bertuah aku . .' detik hati Qarl bila melihat bakal tunangnya . . sophia yang mengenakan kebaya biru laut dan make-up yang tak begitu tebal menyerlahkan lagi keaslian wajahnya. . Selendang biru yang pernah dihadiahkan oleh Qarl suatu masa dahulu dipadankan bersama kebaya tersebut, ternyata sesuai . ' Pandai juga aku pilih . . ' detak hatinya . . Setelah wakil dari pihak Qarl menyarungkan cincin ke jari manis Sophia, maka rasmilah mereka sebagai tunangan orang . ' Bertuahya aku dapat kau Sophia. . . ' hatinya bermonolog kegembiraan. . .
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Hatinya luluh saat mengingati bait-bait kata yang keluar dari mulut wanita yang amat diingininya. . . Sekali lagi hatinya bagai dipanah apabila terdengar suara Nad di dalam rakaman mindanya yang terakam kemas . ' Nad, mengapa kau memperlakukanku sebegini rupa ? ! Sedangkan dirimu aku cintai sepenuh hati . Mungkin ini salahku . . Mencintai kau yang sudah pun bertunang . . Tapi itu tak bermakna kau tidak boleh menerima cinta aku. . ! Sedangkan mereka yamg sudah berkahwin juga bisa bercerai ! ' benak hati Kimie. . . Semua proposal dan kertas kerja yang ada di atas mejanya ditepis, menjadi alat pelepas kemarahannya saat itu . . Maka berterbanganlah mereka semua ke seluruh pelosok di dalam salah satu ruangan Starlick Holding . Laptop yang sedia terpasang ditutupnya dengan satu hempasan yang kuat . . Fikirannya kini terasa begitu penuh sekali, berat , serabut . . Semua yang dilakukannya saat itu menemui jalan buntu . . 'Nad' getus hatinya . . . . .
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
~ ~ Rambut hitam warna coklat anak mata ~ ~
~ ~Membuat aku kurang fasih bila bicara ~ ~
~ ~ Cantik ~ ~
Alunan lagu CANTIK yang kedengaran di corong radio sebuah kereta ferrari sports merah milik Farriz membuatkannya teringat akan seseorang. . Qis . Hatinya riang mengikut rentak alunan muzik itu . .
Kelihatan seorang gadis bertudung merah jambu sedang menunggu di ruangan lobi Haezy Holding beserta senyuman yang terukir rapi di wajahnya . Kereta sports tadi kini berada tepat di pintu masuk Haezy Holding . Wanita bertudung itu, Qis telah dialu-alukan oleh Farriz bagi menaiki kereta mewah miliknya itu . .
" Hmm. . Cantiknya dia harini. . Lagi special than before.. " Farriz sengaja menyakat kekasih hatinya itu agar senyuman itu tak hilang dari tatapan matanya . .
" Biasalah. . Hm, where are we heading to actually ? " Qis tertanya-tanya . .
" About that. . Let it be a secret for now, okay ? " sambil tersenyum penuh makna. .
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
" So, what do you think about this place ? " Farriz mula berbicara . .
" Wow ! So nice. . ! I love it. . Thank you . . . " Qis kelihatan begitu teruja .
Susun atur yang sedang dilihatnya di dalam KLCC saat itu begitu mengagumakan . Segalanya terlihat begitu indah sekali. .
" Thats all I can do for you Qis . . Happy belated birthday . . Kan haritu kita tak dapat celebrate cause you kena tahan kat wad . . "
" Thanks a lot . Thank you very very much . . Ni yang makin sayang ni. . " Qis melahirkan rasa cintanya kepada Farriz yang sememangnya telah lama tersemai di hati ini. . 'Hati ?' Keluh Qis sendirian .
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
No comments:
Post a Comment