' Kimie, I datang ni. . . I nak bagitau you, yang I dah bertunang dengan abang you seminggu yang lepas. . I buat semua ni untuk you. . Kalau bukan kerana you, mungkin I tak akan terima dia. . '
Rupanya Nad yang datang menziarahi kubur Kimie. . . Kelihatan Faeszie datang dari arah belakang. .
' Nad, kita balik ya. . ? Nanti kita datang lagi. . . ' Faeszie cuba memujuk Nad. . . ' Hmm. . . (mengangguk) Kimie, esok I datang lagi ea ? Jom ( mengalihkan pandangan dari kubur Kimie ke arah Faeszie) ' Faeszie kelihatan senang dan tersenyum gembira. . Dia lega kerana Nad sekarang sudah lebih dapat menerima hakikat. . .
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Di suatu sudut di bilik tidur itu, kelihatan seorang wanita sedang menangis menatap sekeping surat yang terdapat di tangannya. . . Qis rupanya . . Dia sedang menatap surat yang telah ditinggalkan oleh Haezwan untuknya . . Hampir saban hari, saban waktu . . . Bila sahaja ada masa terluang, akan dibacanya . . Hati yang ada dalam jasadnya kini, milik . . . Haezwan Hazrique . . Nama yang pernah terpahat dihatinya, dan akan kekal elamanya di sini. . . . .
" Assalamualaikum . . . Ainna Qistina . . I tahu, saat you baca surat ni, I dah tiada lagi di dunia ini untukmu . . Tapi, hati I yang akan jadi milik you, dan akan selamanya untukmu. . . Tiada nama lain yang pernah terukir di hati ini selain nama you Ainna. . I tahu. . Hanya I sahaja yang memanggil you dengan nama Ainna. . , dan I harap you sematkanlah nama kita di hati 'kita' ini. .
Ainna. . . You tahu tak, betapa susahnya hidup I masa you tinggalkan I dulu ? ? Hidup I tak bererti sehinggalah I dapat khabar berita tentang you dari salah seorang kawan kita dulu. . I tahu, sungguh singkat saat pertemuan kita pada kali ini. . I tahu dan I lega serta senang hati kerana you akan hidup menggunakan hati I yang sememangnya hanya untukmu Ainna. . I harap nama I akan tetap tersemat di hati 'kita' ini walaupun Farriz yang menjadi pilihan you. .
Ainna. . . Berbahagialah dengan Farriz. . Dia sememangnya seorang lelaki yang baik untuk you. . I tak menyesal meninggalkan you terlalu awal kerana I tahu Farriz merupakan seorang lelaki yang bertanggungjawab dan setia orangnya. . Jagalah hati dia Ainna. . Jangan lepaskannya. . . . .
Jangan menangis Ainna. . . Selagi hati I masih di jasad you, I akan selamanya di sisi you. . I tak akan pernah tinggalkan you . . I akan menemani you di setiap waktumu. . Walau susah atau senang. . Ingatlah yang I sentiasa ada untuk you. . Akhir kata. . . I cintakan you. . . Ainna Qistina. . Hidup dan mati I untuk you. . Dan hati I, sememangnya untuk you. . Selamat tinggal buat selamanya I ucapkan. . Berbahagialah. . Wassalam. . . . "
=') ~ smile always k? ~
Truly love forever,
Haezwan~
- Haezwan Hazrique-
Ditatapnya surat itu sekali lagi. . . Maka berjurai-jurailah turun air mata yang ditahannya. . . Apa sahaja yang berkaitan dengan hati, akan mengingatkannya kepada Haezwan. . Kini, baginya. . semuanya hanya Haezwan Hazrique. . ! ! !
Tiba-tiba telefonnya berdering. . Segera dilapkan air matanya itu. . Terpampang nama Farriz di skrin telefon. . Segera dijawabnya. .
' Hello. . Hmm, ada apa ?' Qis memulakan perbualan . .
' Hello. . Lupa lunch date kita hari ni ke ?' Farriz mengingatkan. .
' Ye lah. . Saya lupa . Sorry ea ?' Tersenyum kecil mengingatkan kelalaiannya sendiri .
' Hurm, takpe lah. . Nasib baik saya call . Kalau tak, entah-entah awak terus tak ingat, kan ? Farriz menebak
Qis hanya mampu tertawa mengenangkan kelalaiannya itu. . Dia pun lantas bersiap untuk lunch date nya bersama Farriz. . .
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~~ ~ ~ ~ ~
Di sebuah syarikat dalam ruangan CEO, kelihatan dua orang sedang bergelak tawa bersama. . Faz sedang mengajar Sha sesuatu nampaknya. .Rupanya mereka telah dihadiahkan sebuah syarikat pengiklanan oleh ayah Faz sempena hadiah perkahwinan mereka, manakala bapa Sha pula telah menghadiahkan mereka sebuah banglo mewah. . .
' Dah-dah lah tu. . Sakit perut I ketawa tau. . ' Sha cuba menahan tawanya .
' Ye lah. . Hmmm. . You tengok keadaan Qis macam mana sekarang ? ' Faz mula bertanya .
' Dia masih lagi macam dulu. . Still teringatkan Wan tu. . ' Mula bercerita .
' Habis dia dengan Farriz macam mana ?'
'Okay . Dia pandai kawal perasaan dia. You tak payah risau . . '
' Oh ya . Qarl macam mana ? I dengar dia dengan Sophia sekarang. . Betul ke ?'
' Hurmm. . Betul la agaknya tu . . . . . '
Perbualan mereka terhenti saat itu apabila seorang pekerja masuk memberitahu ada satu meeting mengejut diadakan . . . .
~ ~ ~ ~ ~~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Rupanya betul apa yang Sha dan Faz perkatakan. . Kelihatan Sophia dan Haiqarl sedang duduk di sebatang pokok kelapa yang telah tumbang yang terdapat di sebahagian persisiran pantai Port Dickson itu. . . Mereka sedang bercuti . . Mereka duduk sambil menikmati angin pantai yang bertiup sepoi-sepoi bahasa saat itu. . . .
' So . . . ?' Qarl memulakan bicara .
' So what. . . ?' Sophia kelihatan tak mengerti. . .
' Mmm, Sophia rasa, okay tak trip kita ? '
'Lah. . Ingatkan apa lah tadi. . Hurm, okay. . Pandai Qarl pilih tempat kan ?' Memandang Haiqarl sambil tersenyum . .
' Well. . Pro la katakan. . ' Ketawa kecil dan memandang Sophia . .
'Yeah right. . . ' Gayanya seakan tidak memperdulikan Haiqarl. .
'Betul kan. . ?'
Mereka terus saling menjawab untuk memenangkan diri sendiri. . Berakhirlah satu petang itu dengan suasana yang sungguh gembira deselitkan dengan gelak tawa. . . .
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Qis telah kembali semula ke tempat kerjanya setelah seminggu bercuti. . Kelihatan Qis sungguh tekun bekerja . . Qis merupakan seorang legal advisor bagi sebuah syarikat hartanah terkemuka di Kuala Lumpur . . Farriz sedang memerhati Qis rupanya. . Farriz yang sudah lama berada disebalik pintu pejabat Qis, bersiap-sedia dengan sejambak bunga ros merah yang sememangnya menjadi kegemaran Qis. . . .
'Hai. . Busy nampak ?' Menyergah Qis. . .
' eh ! Farriz . . Terkejut saya tau. . ' Melahirkan rasa terkejutnya . .
' Hmm. . Nah ! (menghulurkan jambangan bunga tersebut) untuk awak. . '
'Macam tau-tau je favorite saya. . '
' Mestilah. . Hehe . . ' ketawa manja .
' Pergi lunch jom . . ? Saya lapar la wak. . . ' sambil mengusap-usap perutnya .
' Jom lah. . Saya ingat nak ajak awk, tapi terbalik pulak. . '
Pergilah Qis dan Farriz lunch di tempat kegemaran mereka sejak di universiti lagi . . . .
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Sedang Qis dan Farriz menikmati hidangan tegahari mereka, tiba-tiba Qis berhenti menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. . . Dia merenung ke luar. . Teringat peristiwa di mana dia dan Kimie dilanggar Harris. . . Rasa marahnya terhadap Harris semakin membuak-buak. . Kalau tak kerana Harris, mesti Kimie dan Wan masih hidup sekarang. . Farriz mula menyedari perubahan di wajah Qis. . .
' Qis, are you okay ?' Farriz mula bertanya . .
Baru tersedar dari lamunannya . ' Hmm, yeah. . '
'Saya tahu awak teringatkan Kimie dan. . . . . .'
' Please don't talk about that here. . Saya tak nak dengar. . .! '
'Okay. . Saya minta maaf. . . '
Senyap sepi lah keadaan selepas itu dan mereka pun beredar sejurus menyelesaikan bayaran makanan yang dipesan tadi. . .
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * *
No comments:
Post a Comment