" Nad. . . . . Nad . . . Apalah yang ada kat you sampai I yang orang kata susah nak jatuh cinta ni boleh cair dengan you. . . . " Tiba-tiba terbayang wajah seorang gadis ayu di ruang legar matanya . . Gadis ayu yang bertubuh tinggi lampai, berambut ikal mayang, berkulit kuning langsat, bibir bak delima merekah . . Ah ! Begitu istimewanya dia. . . . !
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Di hadapan pintu bilik itu, kelihatan seorang lelaki cuba mengemaskan dirinya dan di genggamannya, terdapat sejambak ros putih yang diselitkan bersama kad ucapan. . . Dia kelihatan bersedia. . . Disorokkannya jambakan bunga itu dibelakangnya. . . .
"tuk. . tuk . . " Faeszie mengetuk pintu. Kelihatan sedikit nervous .
' Masuk . ' Terdengar suara Nad menjawab .
' Hai. . Busy nampak ? ' Cuba memulakan perbualan antara mereka .
Menatap wajah cool Faeszie . . Dirinya terasa tenang saat menatap lelaki itu. . . Nad lantas tersenyum kecil dalam tidak sedar .
' Termenung jauh nampak ? Kenapa ? Saya handsome sangat ea ? '
Nad tersentak dari lamunannya . ' Eeei , perasan. . ! Ada apa datang sini ? '
' Hmm, for this ? ' sambil menghulurkan jambakan white rose tersebut ke arah Nad . ' Happy Birthday dear ! ' Tersenyum . Senyuman yang menggoda .
' Terima kasih.. Sayang awak ! ' Nad melahirkan rasa gembiranya. . .
' Terima kasih jek ? Kiss kiss semua tak ada ke ? ' Faeszie sengaja ingin mencuit hati Nad . Bahagia rasanya bila dia dapat melihat Nad tersenyum . .
Bingkas bangun dari tempatnya . ' Awak ni. . . ! ' Lalu mencuit hidung Faeszie . . ' Suka tao kenakan saya . . . '
' Memang pun ! ' Tergelak dia melihat muka Nad yang masam mencuka tu. . .
' Awak ! ! ! ! ! ' Nad yang tidak dapat menahan geramnya terhadap usikan Faeszie terus mengejarnya. .
Begitu riuh suasana di pejabat itu. . . Nad dan Faeszie kelihata begitu gembira sekali . . . . .
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
" Qis ! ! ! ! ! " Dia terjaga dari tidurnya lagi . . Masuk kali ini sahaja sudah hampir malam ketujuh dia terbangun . Gadis itu kerap datang mengganggu tidurnya . ' Qis , aku minta maaf . Aku tak ada niat pun nak langgar kau dan Kimie . . Aku . . . . . . . ' Hatinya berkata, berharap ada yang mendengarnya . . Tapi siapa ? Hanya Allah . . .
Esok dia akan keluar dari tempat yang telah banyak mengajarnya erti kebebasan dan mendekatkan dirinya dengan Pencipta alam yang indah ini . . Tujuannya hanya satu , memohon seribu kemaafan daripada wanita yang amat dicintainya sejak pertemuan pertama mereka semasa hari pendaftaran di UiTM dulu. . Hanya wanita itu yang dapat menambat hatinya dan mewarnakan hidupnya setelah dikecewakan oleh seorang wanita suatu masa dahulu . . Tetapi, atas kesilapannya sendiri jua lah yang telah meragut kepercayaan Qis terhadap dirinya . . ' Aku bersalah Qis. . . Maafkan aku Qis. . ! ' Sungguh sayu hatinya . Diharapkan Qis akan memaafkan dirinya, tapi layakkah dirinya menerima kemaafan daripada Qis ? Dapatkah Qis memaafkan dirinya ? Persoalan itulah yang kerap bertandang ke benak mindanya sejak 'bertandang' ke tempat ini . . .
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
No comments:
Post a Comment